Wednesday, May 26, 2010

Program Usahawan Binaan


ATC dengan kerjasama Institut Kemahiran MARA sedang memrancang untuk menjalankan program Usahawan Binaan. Program ini dijangka akan disertai oleh seramai kira-kira 50 orang peserta yang terdiri daripada lepasan SPM dari daerah Sik, Kedah. Program tiga bulan ini akan mendedahkan para peserta kepada asas kerja-kerja pembinaan, di mana mereka akan menjalani kelas teori dan kerja-kerja amali di bengkel dan di luar. Mereka akan didedahkan sepenuhnya kepada bidang pembinaan dan juga keusahawanan, bagi membolehkan mereka berdikari sebagai seorang usahawan di bidang pembinaan di masa depan.


Kompleks kediaman untuk kemudahan peserta.

IKM akan membantu ATC membangunakan modul khusus manakala ATC akan menjalankan kursus penuh masa ini di Kompleks ATC di Jeneri. Para peserta aka ditempatkan di kompleks ini, dan pihak ATC membiayai spenuhnya program ini.

Calon-alon yang berminat untuk mengetahui dan mendaftar diri bagi program ini, bolehlah menghubungi pejabat ATC di talian 04-4620729.

Tuesday, May 18, 2010

Kursus Pengurusan Bisnes

Kursus Pengurusan Bisnes akan diadakan pada 23hb hingga 26hb Mei 2010. Penyertaan kursus masih lagi dibuka kepada kontraktor-kontraktor yang ingin mengikutinya. Sila hubungi ATC 04-4620729, sebelum 23hb Mei 2010.

Sunday, May 9, 2010

Kursus-kursus CIDB


Pengarah Urusan ATC, Che Ad Abu Hassan (tengah) sedang menyerahkan sijil kepada peserta kursus.

Sejak bulan Februari lalu, ATC telahpun menganjurkan enam kali kursus di bidang Pengurusan Bisnes dan Kerja Bangunan-Perumahan. Peserta-peserta yang hadir adalah kontraktor-kontraktor di bidang binaan dan yang berkaitan. Mereka datang dari daerah Sik, Baling, Sungai Petani, Alor Star, Jitra, Perlis dan Langkawi.

Kursus dibimbing oleh tenaga pengajar yang berkelayakan dan berpengalaman di bidang berkaitan. Selain menganjur kursus sendiri, pihak ATC juga menyediakan tenaga pengajar untuk pihak CIDB Kedah.


Para peserta kursus Kerja Binaan-Perumahan bergambar ramai.

Saturday, May 8, 2010

Misi ATC


ATC atau ADJUA TRAINING CENTRE sebuah syarikat yang memberi tumpuan kepada bidang latihan. Ia diasaskan dan dimiliki sepenuhnya oleh Che Ad Bin Abu Hassan, seorang usahawan muda di bidang pembinaan dan juga pemaju perumahan. ATC dilahirkan untuk memenuhi cita-cita membangunkan daerah Sik amnya dan Jeneri khususnya sebagai kawasan pembangunan pendidikan di masa hadapan. Lokasi ATC berada bersebelahan dengan beberapa buah institusi pendidikan seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Jeneri dan Sekolah Menengah agama Irsyadiah, Jeneri.

Mulai awal tahun 2010, ATC telah dilantik oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) sebagai Pusat Latihan Bertauliahnya untuk mengendalikan beberapa kursus anjurannya. Pada masa ini ATC telah mengendalikan enam kursus sendiri iaitu Kursus Pengurusan Bisnes dan Kursus Kerja Bangunan-Perumahan, di samping mengendalikan kursus-kursus anjuran CIDB Kedah.


Para peserta sedang mengikuti Kursus Kerja Bangunan-Perumahan.

Di samping itu ATC juga sedang merancang Kursus Usahawan Binaan untuk lepasan SPM. Kursus yang akan memakan masa selama tiga bulan ini akan menyediakan para peserta dengan pengetahuan teori dan praktikal di bidang asas binaan. Setelah menamatkana kursus ini, mereka telahpun adapat menguasai aspek-aspek asas binaan di mana mereka akan terus dibimbing oleh ATC menjadi usahawan yang akan terlibat dalam bidang pembinaan.