Saturday, May 8, 2010

Misi ATC


ATC atau ADJUA TRAINING CENTRE sebuah syarikat yang memberi tumpuan kepada bidang latihan. Ia diasaskan dan dimiliki sepenuhnya oleh Che Ad Bin Abu Hassan, seorang usahawan muda di bidang pembinaan dan juga pemaju perumahan. ATC dilahirkan untuk memenuhi cita-cita membangunkan daerah Sik amnya dan Jeneri khususnya sebagai kawasan pembangunan pendidikan di masa hadapan. Lokasi ATC berada bersebelahan dengan beberapa buah institusi pendidikan seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Jeneri dan Sekolah Menengah agama Irsyadiah, Jeneri.

Mulai awal tahun 2010, ATC telah dilantik oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) sebagai Pusat Latihan Bertauliahnya untuk mengendalikan beberapa kursus anjurannya. Pada masa ini ATC telah mengendalikan enam kursus sendiri iaitu Kursus Pengurusan Bisnes dan Kursus Kerja Bangunan-Perumahan, di samping mengendalikan kursus-kursus anjuran CIDB Kedah.


Para peserta sedang mengikuti Kursus Kerja Bangunan-Perumahan.

Di samping itu ATC juga sedang merancang Kursus Usahawan Binaan untuk lepasan SPM. Kursus yang akan memakan masa selama tiga bulan ini akan menyediakan para peserta dengan pengetahuan teori dan praktikal di bidang asas binaan. Setelah menamatkana kursus ini, mereka telahpun adapat menguasai aspek-aspek asas binaan di mana mereka akan terus dibimbing oleh ATC menjadi usahawan yang akan terlibat dalam bidang pembinaan.

No comments:

Post a Comment